Saturday, January 30, 2010

Petang Itu

Telah datang perkhabaran berita
dari celah-celah rimbunan desa
khbarnya masih sesegar dedaun hijau
dan lunak mu seperti sentiasa ku dengar

lantas merobek senja ku terpelantung jauh
ke danau ingatan.
Sambil degup jantung mencari-cari pengertian
Antara ingatan, impian dan hakiki

Sedarlah bahawa petang itu
Hanyalah ingatan sementara
Menyelinap seketika di dahan kenangan
Menyusup dicelah-celah kedamaian desa
Dan akhirnya menyelusuri bersama desir angin
Ke muara sungai dan terpahat kekal di puncak ingatan.

No comments:

Post a Comment