Telah datang perkhabaran berita
dari celah-celah rimbunan desa
khbarnya masih sesegar dedaun hijau
dan lunak mu seperti sentiasa ku dengar
lantas merobek senja ku terpelantung jauh
ke danau ingatan.
Sambil degup jantung mencari-cari pengertian
Antara ingatan, impian dan hakiki
Sedarlah bahawa petang itu
Hanyalah ingatan sementara
Menyelinap seketika di dahan kenangan
Menyusup dicelah-celah kedamaian desa
Dan akhirnya menyelusuri bersama desir angin
Ke muara sungai dan terpahat kekal di puncak ingatan.
Saturday, January 30, 2010
Sunday, January 10, 2010
Walaupun saya mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun saya akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik. Ini bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.
Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.
PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung.
Bisikan Halus
Saya berpendapat, krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS. Bisikan datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.
‘Pembisik’ hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja sekalipun menggadaikan atau menggugat keteguhan parti orang lain. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.
Krisis kali ini agak serius. Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS.
Hikmah
Saya berharap antara hikmah kejadian ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu. Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.
Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata.
Sudi Menerima Pandangan
Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.
Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:
“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.
Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:
“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.
Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.
Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.
Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.
Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.
Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;
Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;
Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.
Sekadar Renungan
Kiasi lebih baik daripada ultra kiasu
(Petikan dari blog www.ridhuantee .blogspot.com)
Mingguan Malaysia, 3 Januari 2010
Kiasi lebih baik daripada ultra kiasu
(Petikan dari blog www.ridhuantee .blogspot.com)
Mingguan Malaysia, 3 Januari 2010
Saya berterima kasih kepada sebuah laman web ultra kiasu, anti Melayu dan anti-Islam, Malaysian Insider kerana sudi mengulas dan menyiarkan artikel saya dalam laman mereka. Kasihan mereka, artikel dan komen-komen yang baik-baik yang menyokong saya, ditapis dan tidak disiarkan, manakala yang buruk dan negatif diperbesarkan. Ultra kiasu sungguh laman web ini. Minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pantau. Mereka sengaja melakukan demikian supaya saya dihentam dan dikritik, termasuk kalangan orang Melayu sendiri yang saya fikir tidak ramai, supaya saya menyerah kalah atau mematikan watak (character assassination). Itulah hakikat yang saya kena terima. Sekutu-sekutu ultra kiasu begitu ramai, menjadi musuh dalam selimut bertindak pepat di luar rencong di dalam. Seperti biasa mereka turut mengaitkan saya sebagai penulis upahan dan tali barut UMNO. Terus terang, tidak ada sesiapa yang memaksa saya menulis. Ia datang daripada hati nurani seorang Islam yang mahukan Islam kembali bertapak dan menjadi kuat di buminya sendiri. Kepada laman web berkenaan, satu nasihat saya, berhujah dengan baik secara intelektual. Elakkan kata-kata lucah dan kesat. Bila saya menulis, etika dan moral saya cukup jaga, tidak sesekali menyerang peribadi seseorang. Bukan seperti laman web tersebut bertindak memanipulasikan isu dan serta membuat provokasi. Saya tidak terganggu sedikitpun dengan komen-komen ultra kiasu tersebut, malah menjadikan saya menjadi semakin kuat menulis dan bersyukur tinggal di bumi bertuah ini. Kepada mereka yang ultra kiasu, kenapa seperti cacing kepanasan? Ramai penulis Melayu yang menulis dan mengutuk Melayu dan Islam, tetapi orang Melayu Islam ini relaks sahaja. Tidak mudah melatah, tidak maki hamun sampai satu keturunan. Inilah sifat yang amat saya puji. Malangnya, bila saya sentuh sedikit sahaja tentang segelintir bangsa saya yang bersifat ultra kiasu, Malaysia semacam sudah tidak ada isu lain, seluruh golongan ultra kiasu bersatu hati bangun mengutuk, menghina dan mencerca saya satu keturunan. Inilah bezanya antara orang Melayu Islam dengan bangsa saya. Justeru, janganlah hairan sangat jika saya tampil membela dan menyedarkan Melayu Islam sebelum terlambat. Saya bukan Tuhan untuk mengubah orang Melayu, bukan bertindak lebih Melayu dari Melayu, tetapi hanya sekadar menjalan kewajipan sebagai seorang Islam, mudah-mudahan kita kembali kuat. Bayangkan jika golongan ultra kiasu inilah yang memerintah, apakah akan terjadi kepada agama dan anak bangsa kita di bumi mulia ini? Saya fikir sifat orang Melayu yang terlalu bertolak-ansur ini disebabkan oleh mereka beragama Islam. Inilah juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya memeluk Islam dengan izin Allah. Jika ditakdirkan Melayu tidak Islam, saya akan biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Agama menyatukan kita semua tidak kira bangsa, tanpa menafikan hak bukan Islam. Namun, saya masih bimbang, adakah terlalu bertolak ansur selama-lamanya boleh diamalkan sehingga kaduk naik junjung? Apakah benar kata-kata Melayu mudah lupa sehingga menjadikan orang lain sentiasa ingat? Maka kesempatan mudah lupa ini diambil oleh kumpulan ultra kiasu untuk memijak kepala orang lain. Tengoklah cara ultra kiasu ini berfikir, bila ada sahaja penulisan yang menyebelahi Melayu Islam maka saya dikaitkan dengan UMNO. Apakah selama UMNO memimpin negara ini kehidupan ultra kiasu menderita dan ditindas? Apakah kekayaan yang dimiliki bukan Melayu melebihi 70 peratus adalah hasil usaha sendiri, bukan disebabkan oleh sistem hidup bernegara yang diterajui oleh orang Islam yang menjadi orang bukan Islam dapat hidup senang lenang? Jika orang Melayu Islam itu semuanya buruk, sudah tentu orang bukan Islam merempat di bumi ini? Kenapa tidak bersyukur dengan kebaikan yang kita rasai. Adakah formula yang saya kemukakan itu berjalan? Baik sangatkah mereka yang memerintah Selangor dan Pulau Pinang? Saya lihat sama sahaja. Kalau di Majlis Perbandaran, lihatlah wajah-wajah dan betapa rakusnya mereka merebut projek perbandaran. Dahulu, kata UMNO kroni, bila mereka memerintah adakah ia bukan kroni? Dua kali lima, sama sahaja. Apakah enjin jet tidak akan hilang jika Pakatan ultra kiasu memerintah? Apakah semua exco pakatan ultra kiasu semuanya bersih dari segi peribadi akhlaknya dan pentadbiran negerinya? Saya tidak mengatakan bahawa UMNO itu semua betul. UMNO juga mesti berubah dari aspek peribadi akhlak pemimpin dan pengurusan bernegara, jika ingin terus relevan bagi mendapatkan keyakinan rakyat. Jangan sampai kumpulan ultra kiasu berjaya memerintah. Bila ultra kiasu dapat peluang memerintah nanti, kita akan menyesal seumur hidup. Ketika itu, tidak ada gunanya menangis walau air mata darah sekalipun keluar. Ingatlah, puak ultra kiasu ini amat licik orangnya. Sengaja membutakan hati dan mata. Saya berani melabelkan seseorang kerana saya buat kajian berkaitan persepsi Cina terhadap politik Melayu, dalam tesis kedoktoran saya. Istilah ultra kiasu, sederhana kiasu dan kurang kiasu adalah skala kajian saya. Mereka yang menyalak itu pernahkah buat kajian? Saya bukanlah seorang ulamak sebagaimana yang disebut, bidang pengajian saya berkaitan politik dan kerajaan. Tetapi itu bukan bermakna saya perlu membiarkan diri saya jahil tanpa mengkaji Islam! Saya diminta kemukakan fakta ketika menulis. Apakah yang saya lontarkan itu bukan fakta? Lagipun saya bukan menulis jurnal.Tidak perlulah mengajar saya siapakah dia John Lockes dan Thomas Hobbes bila bercakap tentang kontrak sosial. Baca juga pendapat Rousseau untuk memahami makna kontrak sosial yang sebenar. Janganlah petik kata-kata yang tidak menyebelahi diri untuk diaplikasikan agar kita nampak pandai, tetapi sebenarnya tidak. Saya tidak begitu berminat untuk memetik kata-kata sarjana barat ini walaupun saya banyak membaca buku mereka. Saya lebih tertarik dengan pendapat orang Islam, sebab pendapat orang Islam berpandukan kepada Quran dan hadis. Tidak mudah untuk diperalatkan. Jangan biarkan diri kita jahil. Malaysianinsider dan ultra kiasu amat suka orang-orang jahil ini supaya akhirnya mereka boleh menjadi pengikut santa claus. Janganlah mudah berkata di hati mereka ada ‘bulan’. Jika memang di hatinya ada bulan, sudah lama mereka turut mengharamkan arak, zina, nombor ekor dan sebagainya. Tetapi mereka ini licik, menyamar untuk mengikuti jejak Umar Abdul Aziz untuk mencairkan jiwa raga kita. Bila telah ‘cair’ mudahlah santa claus masuk. Takkan cepat sangat lupa isu arak dan tuduhan terhadap Jamaah Islam Malaysia (JIM) sebagai ekstrimis. Janganlah kerana politik, kepentingan Islam dan umatnya diabaikan. Mereka begitu marah dengan formula yang saya kemukakan iaitu berasaskan peratusan kaum (agama), 60% Islam, 40% bukan Melayu (22% Buddha-Toaisme-Konfucius, 9% Kristian, 6% Hindu, 3% lain-lain) dan kaitan dengan perayaan dan aktiviti keagamaan. Saya telah sebut, atas dasar toleransi maka formula ini tidak pernah dilaksanakan. Persoalannya, adakah hak mereka dinafikan selama ini sebagaimana yang digembar-gemburkan laman web ultra kiasu tersebut? Jika laman web tersebut boleh menulis apa yang mereka suka, apakah saya tidak boleh? Apakah berita-berita mereka tidak perkauman? Jangan terlalu jahat dengan menuduh orang lain penjahat? Jika tidak setuju dengan formula saya, bagilah formula ultra kiasu. Tetapi asasnya mestilah perlembagaan, bukannya Malaysian Malaysia. Kalau Malaysian Malaysialah formulanya, eloklah berbincang dengan Lee Kuan Yew untuk berhijrah ke sana. Bukalah laman web baru di sana, dan cuba kutuk kerajaan Singapura, saya fikir sudah lama laman web tersebut dibuang jauh-jauh, apatah lagi untuk membuka sekolah sendiri. Teringat saya kepada buku terbaharu karangan SP Huntington bertajuk Who are we . Beliau mengatakan Amerika sejak awal lagi mengambil pendekatan mengasimilasikan semua bangsa yang datang berhijrah demi untuk mencapai perpaduan. Berdasarkan pendapat Huntington ini, tidak timbul soal Amerika itu lebih terbuka sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu ini. Kenapa mereka boleh menerima Barack H. Obama menjadi presiden Amerika? Jawapan amat mudah, sebab Obama lebih orang putih daripada orang putih walupun kulitnya hitam. Kenapa hari ini kita mempunyai menghadapi masalah? Kerana kita terpaksa berhadapan dengan ultra kiasu yang langsung tidak mahu boleh disentuh. Hidupnya tidak beza dengan tempat asalnya. Cubalah bertanya dan kaji, kenapa orang Siam dapat menerima bukan Siam (Cina) sebagai Perdana Menteri seperti Chuan Lekpai dan Taksin Sinawatra. Situasinya sama seperti Obama. Adakah situasi kita sama? Jangan buat gimik. Tok Guru tidak perlu pinda perlembagaan negeri Kelantan untuk melantik bukan Melayu Islam menjadi menteri besar. Ini kerana bukan Melayu di sana amat sedikit bilangan. Jagalah dan tarbiyyahlah dulu saudara-saudara baru yang masih merempat di sana, itu lebih banyak manfaat daripada membuat tindakan politik terburu-buru. Saya kira dosa saya membangkitkan isu ultra kiasu tidaklah seteruk isu ketika namawee menghina lagu negaraku dan mengeji negara kita serta video klip beliau terbaharu beliau yang menggunakan kata-kata kesat dan lucah. Kenapa puak ultra kiasu ini tidak mengutuk tindakan beliau, malah ramai yang menyokong lagi? Kenapa bila bangkitkan perkara ini begitu beremosi? Bukankah itu ultra kiasu namanya. Saya mempunyai hak untuk bersuara dalam sebuah negara demokrasi. Jika tidak bersetuju berhujahlah dengan cara berhemah dan bertamadun. Saya tidak pernah menafikan hak orang bukan Islam selaku minoriti di negara ini. Jika nafikan, bermakna, saya nafikan juga keturunan saya. Cuma biarlah berpada-pada, hargai toleransi yang telah ditunjukkan. Jangan asyik berkokok, ekor bergelumang tahi. Orang Melayu terlalu bertoleransi, sehingga hak mereka semakin terhakis pun mereka tidak banyak bising. Itu sebabnya saya perlu sedarkan mereka. Saya bimbang bila Melayu hancur, agama Islam yang suci akan turut hancur. Saya tidak pertikaikan hak mereka, tetapi jangan sampai menenggelamkan hak majoriti Islam. Saya menulis bukan untuk mengambil hati sesiapa atau pun mahu menjadi popular. Kalau sekadar untuk popular, saya sudah popular sejak dahulu lagi. Cuma saya terpaksa tulis sebab kaduk telah naik junjung. Saya bimbang segelintir ultra kiasu ini akan merosakkan semua bukan Melayu yang kurang ultra kiasu. Mereka yang kurang kiasu patut dihargai dan dilindungi berbanding dengan ultra kiasu. Ultra kiasu perlu ingat, apapun yang berlaku hari ini, orang Melayu hanya rugi untuk jangka pendek. Dalam jangka masa panjang, saya tidak fikir mereka akan rugi. Bilangan orang Melayu semakin ramai berdasarkan kepada trend kelahiran, begitu juga dengan mereka yang menyertai pasukan keselamatan seperti tentera dan polis. Apapun berlaku nanti, pasukan keselamatanlah yang akan mengambil tanggungjawab negara ini. Jika ini berlaku, siapakah yang rugi? Sudah tentu bukan Melayu yang kurang kiasu akan rugi. Kumpulan ultra kiasu sudah tentu akan cabut lari. Kadangkala menitis air mata mengenangkan masa depan Islam dan umat Islam. Bukan kerana kiasi (takut mati), tetapi memikirkan masa depan anak cucu cicit kita. Apakah mereka mewarisi perjuangan kita untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara? Apakah mereka akan menjadi cair dengan strategi licik golongan ultra kiasu dan sekutunya? Jika inilah yang berlaku, amat malang bagi Malaysia, sebuah negara bermula dengan Tanah Melayu. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Jika kita silap lagi, saya amat bimbang kita tidak dapat berpatah balik. Ingatlah, kadangkala Allah beri kita peluang, kadang kala tidak. Islam tidak akan bangkit selagi umat Islam tidak ubah pemikirannya. Lihatlah bagaimana cara Rasulullah melayan mereka sebelum Islam dengan selepas memasuki Islam. Ingatlah ayat Quran ini tanpa menafikan hak orang bukan Islam. "Hai orang yang beriman, siapa saja diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang mencintai-Nya, dan mereka pun cinta pada-Nya, mereka bersifat lemah lembut terhadap kaum muslimin, dan tegas keras terhadap orang kafir, selalu berjuang untuk menegakkan agama Allah dan tidak menghiraukan celaan orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas pemberianNya dan Maha Mengetahui"[Al maidah, ayat 54]Ayat ini menyuruh kita berlembut dengan orang Islam. Ia juga menyuruh kita bertegas dan bersikap keras terhadap orang kafir yang ultra kiasu. Bukannya kita boleh pukul rata dengan sikap berlembut kita terhadap orang bukan Islam. Kajilah sama ada mereka ultra, sederhana atau kurang kiasu. Apatah lagi jika mereka banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini seperti kafir harbi. Perlukah kita berkompromi dengan mereka? Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
Subscribe to:
Posts (Atom)